cinta kita tak seagung cinta Shah Jahan dan Mumtaz
yang kasih dan sayangnya diabdikan dengan sebuah Taj Mahal
cinta kita tak serumit Nabi Yusuf dan Zulaikha
yang nafsu cintanya mengakibatkan pasangan ini merana
sebab itu kita bercinta
menjalin kasih mencipta sayang
kerana cinta kasih dan sayang kita anugerah dari-Nya
Dia bukan setakat menyiram kita dengan cinta
bahkan menerangi jalan kita dengan suluhan lampu
sungguh Dia maha pemurah lagi maha penyayang
cinta yang kita peroleh
dijanjikan dengan senyuman manis, hati yang gembira dan hidup yang bahagia
kemudian, kita dustakan airmata dan hati yang lara
begitu tidak adil sang cinta
tapi malang kita menjadi manusia
sifatnya lemah terhad dan tidak setia
cinta agung anugerah dari-Nya kita persendakan
kasih suci pemberian-Nya kita hitamkan
sayang tulus utusan-Nya kita lukakan
akhirnya cinta diambil pergi
Dia kecewa makhluk ciptaan-Nya tidak pandai menadah tangan memanjatkan kesyukuran
atas kurniaan cinta agung
tiada lagi cinta
hargai cinta yang dah dianugerahkan untukmu
jika Dia tetap menarik nikmat cinta yang telah diberikan padamu
itu bermakna Dia ingin kamu mengabdikan cintamu pada-Nya


