buttn follow

Daisypath Happy Birthday tickers

happy new year fellas



dimulakan dengan bismillah dan dengan harapan akan juga sempat diakhiri dengan alhamdulillah. 

aku bersyukur ke hadratnya kerana memberi aku peluang melangkah maju setahun lagi. permulaan tahun baru ni, alhamdulillah lebih indah daripada yang lepas. apa yang berbeza?. 

RUTIN HARIAN
kini aku tidak lagi bangun pagi untuk ke sekolah. tapi ke tempat kerja. pukul 6pagi aku dah kena bangun *bezanya bangun lagi awal daripada nak pergi sekolah ==' siapkan diri untuk menunaikan kewajipan kepada  Yang Maha Esa. kemudian, bersiap untuk ke tempat kerja. secara tidak langsung ayah dan mamy pun TERPAKSA bekerja menghantar aku. Sorry :') dan balik kerja pulak majikan aku yang hantar *bezanya dulu aku pergi balik sekolah jalan kaki. sampai rumah, aku akan call my hubby (termasuk dalam rutin harian) dan dia akan suruh aku mandi. <--ni pun nak bagitahu ke?. lepas mandi, makan dan tengok tv *bezanya dulu lepas mandi aku akan ulangkaji dan baca buku. pukul12 kadang-kadang aku dah tidur dan kadang-kadang masih lagi bercinta dengan si dia *bezanya dulu aku single :)

BUAHATI 
bermula pada 8 disember 2011, separuh daripada hidup aku ada si dia. siapa?


ABDUL LATHIF BIN MD KAMARULZAMAN

dia si buruk (biar aku sorang je yang tahu tahap kekacakkan dia) telah menyiram aku dengan air dan sinar mentari supaya aku boleh menguntumkan senyuman yang mekar di bibir. <--geli je, haha. jyeah untuk kebenarannya dia ada di sisi aku, sentiasa. tak kira dalam situasi apa. WALAUPUN aku call dia tengah-tengah malam, dia tetap ada untuk aku. dia akan keluarkan sehelai tisu untuk menyapu airmata aku tapi dia akan melangkah pergi tinggalkan aku sebab dia taknak aku nampak dia mengalirkan airmata dia bila dia nampak airmata aku mengalir <--apa aku merepek ni? >.< mungkin dia tak sesempurna buah hati korang dan aku pun tak minta dia menjadi sempurna sebab aku nak fahami ketidaksempurnaan dia tu supaya aku boleh jadi pelengkap dalam hidup dia. 
*baba remember this, i love you and always do. thank you for everything you'd done for me sayang :')

INCOME

wohooo bercerita tentang duit income ni. perbezaan yang amat ketara iaitu dulu opcossss laa ayah dan mamy yang bagi duit *tu pun duit belanja sekolah kena simpan sendiri. tapi sekarang, no money no walk man. aku kena kerja kerja kerja dan kerja, dengan kerja yang sederhana dan gaji yang seciput tu aku kena bahagikan kepada beberapa bahagian. 50% aku simpan untuk masa depan, 15% peratus aku past dekat mamy bagi tujuan membalas jasanya, 10% peratus aku laburkan kepada keperluan binatang peliharaan aku tu >.< 5% dah semestinya akan aku sumbangkan ke topup. tinggal lagi berapa?. 20% aku laburkan di pusat-pusat membeli belah :D *wajib bagi setiap orang kan?.

DAN LAIN-LAIN
perbezaan lain?. aku pun tak perasan sangat laa ape yang berbeza. mungkin orang sekeliling aku, tempat aku melangkahkan kaki setiap hari. arah tuju duit aku pergi, dan... dah aku tak tahu. 

itu semua ialah aku pada tahun 2012 ni (buat masa beberapa awal bulan ni je) tapi takpe, yang penting aku tak  buat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan masih lagi berpaksikan hukum agama. cuma aku perlukan sebanyak usaha dan sokongan untuk menjalani hidup aku yang baru nak bermula ni. insyaallah, aku akan berjaya. 

amin.