buttn follow

Daisypath Happy Birthday tickers

i let you go

Baba, this is for you.

Takdir kita berkenalan dalam sebuah panggung. Awak duduk di atas pentas and saya duduk di tempat penonton. Mungkin ada sesekali saya pandang awak, tapi taklah sampai tahap merenung, lagipun awak jauh.
Summore, saya lebih tumpukan dekat hero dia. Asraf :p

Dalam facebook, takdir temukan kita lagi. Still ingat lagi awak suka mengadu itu ini. Walaupun kita tak pernah jumpa, tak pernah kenal pun. Tapi kita macam dah rapat sangat. 
And to be honest, kadang-kadang saya online untuk awak. saya tunggu awak online jugak. Sebab seronok kawan dengan awak. Awak buat saya tersenyum. Awak buat saya lupakan kejap masalah saya.

Hari berlalu, awak minta nombor telefon saya. Mula dari hari tu kita selalu texting. Tak penah miss even sehari. Awak nak tahu?. Betapa ceria hidup saya sejak awak ada. Terima kasih Atep :)

Awak sentiasa ada dalam suka duka saya. Awak macam kawan, special boyfriend, abang, abah. And kadang-kadang awak jadi duda sebab saya janda. Awak jaga saya. selalu bagi saya nasihat. Tapi awak lagi banyak menyusahkan saya. Sebab awak buat saya jatuh hati dekat awak ^^'

Baba, finally on 8th December 11. Alhamdulillah ada jodoh kita. Kita kongsi semua perkara. Susah senang semua sama-sama. Tidur lewat pagi, call sampai 3 4 pagi. Bagitahu mana nak pergi. Itu perkara biasa tapi saya tetap rasa benda yang kita buat tu istimewa. Sebab saya buat semua tu dengan awak Atep :')

Hari pertama kita jumpa. Saya masih ingat lagi ayat pertama awak untuk saya. Masa dengan awak, tak pernah sesaat pun saya tak senyum. Awak pandai jaga saya, ambil hati saya. Saya rindu semua tu :'|

Sampailah baba kena pergi plkn. Apa jadi dekat saya?. Sumpah saya dah takada rupa orang. Siang malam pagi petang saya ingat kat awak. Saya tahu awak banyak makan kat sana, tapi maaf saya takada selera nak makan  kat sini bila awak takada. 

Harijadi saya, awak takada. The special day became meaningless without you. Tapi awak tetap call saya. Airmata mengalir bila dengar suara awak. Walaupun baru sehari awak takada, awak tak tahu betapa saya rindukan awak :'(

Baba, saya nak minta maaf kalau saya banyak susahkan awak. Bila awak dengan saya, awak mesti penat. Saya ni macam budak-budak. Nak itu nak ini. Awak tak pernah tak tunaikan kecuali saya minta awak bawa saya jumpa Asraf. Awak akan buat muka -___________- , hahah :D

Atep, please ikut cakap saya for the last time. Makan makanan berkhasiat. Baik untuk awak, nanti boleh dapat six-pac. Awak kan nak badan macam jai. macam jacob. kan?. :)
Batuk awak tu dah teruk sangat dah tu. Janganlah degil. pergi jumpa doktor okay budak.
Jangan pernah tinggalkan solat awak. Janji dengan saya.
Awak jaga tokwan, tokbah dengan yaya baik-baik tau. Bila tokwan kata balik, kena balik. Selalu tolong tokbah tu. Bila masuk singapore. Hati-hati!. Ingat simpang tu, jangan asyik terlajak je. Sesat nanti baru tahu!.
Bila ada accident or something, Jangan cepat marah. Baba kena belajar bersabar. Awak kena kurangkan baran awak tu. Mesti tau :) And jaga diri awak baik-baik. Awak tu degup jantung saya, bila awak cedera, saya pun cedera :'(

Tak banyak pun kenangan kita baba. Awak mungkin boleh lupakan saya cepat. Awak berhak dapat lagi sempurna dari saya. Tak kira siapa pun buah hati awak, jaga dia baik-baik. Lebih baik dari awak jaga saya. And tolong ingatkan buah hati awak, kalau dia abaikan awak, saya akan cubit dia :p

lastly, please take care of yourself baba. Kalau ada jodoh kita, mesti tak kemana. Bila awak rindu saya, awak tahu apa nak buatkan. Angin tu akan sampaikan rindu awak pada saya :')

Bila awak baca semua ni, saya dah takada dengan awak lagi. Saya dah tak boleh jaga awak lagi. Awak kena berdikari. Jaga diri. Ingat satu je, walau ape pun jadi, dekat mana sekalipun saya, awak tiada penggantinya.
Itu janji saya.

Izinkan saya nyanyi lagu happy birthday untuk awak. Sebab saya takada waktu awak sambut hari pentng tu nanti.
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to baba atep..
Happy birthday to you.

Abdul Lathiff bin Md Kamarulzaman, i love you. Bye :')




let the tears falls


ingin sekali mengibaratkan kamu seperti sesuatu. tapi bila difikirkan tiada apa yang setanding dengan kamu. 
renungan mata kamu, senyuman kamu, segalanya cukup indah dipandangan mata saya.
setiap saat saya berdoa agar kamu jadi milik saya.
 hanya untuk saya.


untuk berjuta kalinya saya katakan yang saya sayangkan kamu. 
tiada yang lain selain kamu.


sesaat terpisah rasanya bagaikan bertahun lamanya. saya tak kuat tanpa kamu. saya rebah tanpa kamu
saya perlukan kamu disisi saya.


baba, for the last.
i love you


bismillahirrahmanirrahim
syukur alhamdulillah aku masih diberkati Allah dan semoga hingga ke akhirnya, amin..

entry untuk hari ni 8 januari 2012 ialah --> hubungan aku dengan atep dah genap sebulan. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. bukan je dari hari pertama bercinta, tapi hari pertama kami kenal.

dulu aku sangat sangat sangat memilih. aku nak yang tinggi, tak kacak takpe asal sedap mata memandang dan mampu memberikan kecomelan dia pada bakal anak aku kelak. then aku nak yang perut ber-six-pac, kaki tak berbulu, badan tegap ber-v-shape and segala cir-ciri lelaki yang sempurna.
tapi, aku tak dapat separuh daripada ciri-ciri impian aku tu dekat atep. cissssssssss >.<

for sure dia bukan lah buruk rupa sangat and aku tahu ramai perempuan kat luar sana tu nak dia. *konon >.>
tapi aku tak boleh deny semua tu sebab itulah kenyataannya. err aku tak tahulah aku kuat ke tak setiap kali online kan fb dia. macam-macam ada wehh :') tapi, apa sekalipun, girls, his mine now!. sila angkat kaki blaa :p

okay lets start the story --> ciri-ciri apa yang ada dekat atep yang aku impikan (separuh daripada apa yang aku nak) aku pun tak tahu. dia tak ada six-pac yang aku idam-idamkan. muka dia pun hanya bagi 40% kecomelan pada bakal anak aku. yang selebihnya aku punya comel <--lahai perasannya perempuan ni? >.<
so apa yang atep ada?. haha itu jadi rahsia aku. mula tadi ingat nak cerita, tapi dia terlalu istimewa. so biar aku je yang tahu ape je istimewa dia tu. sorry :)


lastly, for you baa. i love you as you are. never do anything that will make u perfect just like what i want. because i dont want it anymore and i only want you darling. promise me, i love you so much :')

love for war

bismillahhirrahmanirrahim.
alhamdulillah kudrat aku masih baik lagi dan masih mampu menaip untuk menghapdate blog.

I LOVE YOU NO MATTER WHAT WILL HAPPEN

okay ^ atas  ni ialah salah satu azam aku tahun ni. mengapa?. aku pun mulanya tak tahu, tapi lama-lama azam ni datang dengan sendiri. terukir panjang lebar dekat satu sudut dalam hati aku. so aku nak buat cemana kan?. takkan nak padam?. tulisan dia cantik. biar jelah :)
azam ni mula aku teroka bila aku sedar saat dia nak duduk jauh daripada aku. *sekarang ni pun agak jauh, tapi dia nak pergi duduk lagi jauh. sebenarnya bukan lama pun dia nak pergi sana, tapi bagi aku yang dah terGILAkan dia ni. sehari rasa macam setahun <--konon je ni :')
lepas ni kompom dalam otak aku akan pikir benda-benda ni ;

     i.    (u), do (u) miss me?. (i) really miss (u) :')
     ii.    ape lah yang (u) tengah buat sekarang ni?. agak-agak (u) ingat kat (i) tak? :')
     iii.   (terlalu banyak persoalan, aku tak mampu nak teruskan lagi takut airmata mengalir sebelum harinya)

bermula 3th January 2012, hari aku tak diserikan dengan kehadiran dia. gelak dia, suara dia, dan (macam-macam lagi).  yang aku ada cuma beberapa slide gambar dia, air botol dia, baju, seluar, cokolat twiggies *tu pun tamat tempoh esok (3th jan) dan kenangan yang tak seberapa. lagi satu, aku ada pesan dia :') fuhhhh padahal bukan kemana pun dia, actually dia pergi menjalankan tanggungjawab pada negara <-- cehhhh >.< iaitu mengikuti program latihan khidmat negara. tapi, 3 bulan tuuuuuu :')
takpe-takpe sabar shaa, dia tahu kau boleh,. dia percayakan kau so kau kena percaya pada diri sendiri.

GO GIRL YOU CAN DO IT!! <-- yek-yek tau pompuan ni >.<

a words for you --> (u), (i) love you so much no matter what. (i) tunggu (u) balik okay. take a good care :')

happy new year fellas



dimulakan dengan bismillah dan dengan harapan akan juga sempat diakhiri dengan alhamdulillah. 

aku bersyukur ke hadratnya kerana memberi aku peluang melangkah maju setahun lagi. permulaan tahun baru ni, alhamdulillah lebih indah daripada yang lepas. apa yang berbeza?. 

RUTIN HARIAN
kini aku tidak lagi bangun pagi untuk ke sekolah. tapi ke tempat kerja. pukul 6pagi aku dah kena bangun *bezanya bangun lagi awal daripada nak pergi sekolah ==' siapkan diri untuk menunaikan kewajipan kepada  Yang Maha Esa. kemudian, bersiap untuk ke tempat kerja. secara tidak langsung ayah dan mamy pun TERPAKSA bekerja menghantar aku. Sorry :') dan balik kerja pulak majikan aku yang hantar *bezanya dulu aku pergi balik sekolah jalan kaki. sampai rumah, aku akan call my hubby (termasuk dalam rutin harian) dan dia akan suruh aku mandi. <--ni pun nak bagitahu ke?. lepas mandi, makan dan tengok tv *bezanya dulu lepas mandi aku akan ulangkaji dan baca buku. pukul12 kadang-kadang aku dah tidur dan kadang-kadang masih lagi bercinta dengan si dia *bezanya dulu aku single :)

BUAHATI 
bermula pada 8 disember 2011, separuh daripada hidup aku ada si dia. siapa?


ABDUL LATHIF BIN MD KAMARULZAMAN

dia si buruk (biar aku sorang je yang tahu tahap kekacakkan dia) telah menyiram aku dengan air dan sinar mentari supaya aku boleh menguntumkan senyuman yang mekar di bibir. <--geli je, haha. jyeah untuk kebenarannya dia ada di sisi aku, sentiasa. tak kira dalam situasi apa. WALAUPUN aku call dia tengah-tengah malam, dia tetap ada untuk aku. dia akan keluarkan sehelai tisu untuk menyapu airmata aku tapi dia akan melangkah pergi tinggalkan aku sebab dia taknak aku nampak dia mengalirkan airmata dia bila dia nampak airmata aku mengalir <--apa aku merepek ni? >.< mungkin dia tak sesempurna buah hati korang dan aku pun tak minta dia menjadi sempurna sebab aku nak fahami ketidaksempurnaan dia tu supaya aku boleh jadi pelengkap dalam hidup dia. 
*baba remember this, i love you and always do. thank you for everything you'd done for me sayang :')

INCOME

wohooo bercerita tentang duit income ni. perbezaan yang amat ketara iaitu dulu opcossss laa ayah dan mamy yang bagi duit *tu pun duit belanja sekolah kena simpan sendiri. tapi sekarang, no money no walk man. aku kena kerja kerja kerja dan kerja, dengan kerja yang sederhana dan gaji yang seciput tu aku kena bahagikan kepada beberapa bahagian. 50% aku simpan untuk masa depan, 15% peratus aku past dekat mamy bagi tujuan membalas jasanya, 10% peratus aku laburkan kepada keperluan binatang peliharaan aku tu >.< 5% dah semestinya akan aku sumbangkan ke topup. tinggal lagi berapa?. 20% aku laburkan di pusat-pusat membeli belah :D *wajib bagi setiap orang kan?.

DAN LAIN-LAIN
perbezaan lain?. aku pun tak perasan sangat laa ape yang berbeza. mungkin orang sekeliling aku, tempat aku melangkahkan kaki setiap hari. arah tuju duit aku pergi, dan... dah aku tak tahu. 

itu semua ialah aku pada tahun 2012 ni (buat masa beberapa awal bulan ni je) tapi takpe, yang penting aku tak  buat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan masih lagi berpaksikan hukum agama. cuma aku perlukan sebanyak usaha dan sokongan untuk menjalani hidup aku yang baru nak bermula ni. insyaallah, aku akan berjaya. 

amin.