Alhamdulillah atas kesihatan yang dianugerahkan aku masih lagi boleh bernafas sehingga saat ini.
Manusia dianugerahkan rasa sayang cinta benci kecewa rindu dengki malu dan sebagainya. Dan atas kuasaNya dia meletakkan kesemua rasa itu di dalam sebuah hati yang kecil dan yang nipis kulitnya.
Lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Buktinya?. Selepas kecewa dalam kisah percintaan mereka, tak lama lepastu mesti mereka nak cuba yang baru. Lebih-2 lagi kalau mereka jumpa seseorang yang menepati citarasa. Kan kan?.
Aku pun tak boleh lari dari perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Mungkin rasa tu datang dengan sendiri atau aku yang jemput dia masuk. Aku pun tak pasti atau lebih tepat aku dah lupa. Tapi yang penting perasaan itu wujudkan?.
Dulu aku ada seseorang yang aku sangat.. Entah dia segala-2nya. Dialah jiwa hati lara aku. Dialah angin panas redup buat aku, dialah cokolat strawberi popcorn coke stoking buku sekolah dan macam-2 lah untuk aku. tapi sekelip mata dia hilang. Bukan hilang ghaib. Maksud aku dia hilang dari hidup aku. Dia berubah. Dia senang cerita aku ibaratkan macam tsunami ribut taufan popcorn terabur stoking koyak buku sekolah hilang dan yang teruk-2 laa. Masa tu, serius aku tak mampu nak hadapi semuanya. Sorang-2. Cubalah eh cuba. Korang bayangkan situasi anak yang berumur 2 tahun tu dilanggar dengan lori dekat cina hari tu. Berkecaikan hati korang?. ( berkecai hati kepada sesiapa yang ada hati perut jelah ) macam tulah aku rasa bila dia pergi hilang ghaib musnah berkecai dari hidup aku. Dan bukan mudah nak ubatkan hati yang dah remuk macm tu. Nak pakai seletip?. Hahah kahwin dapat anak 5 pun belum tentu siap laa brother. Nak pakai stepler?. Tak ke makin sakit?. So jawapannya aku biarkan hati aku terluka berdarah berhingus meleleh. Habis nak buat macam mana?. Nak pergi hospital?. Jamin ke doctor boleh ubatkan?. Jangan ambil risiko. Sebulan dua bulan tiga bulan………. Aku masih terluka :’)
11 bulan kemudian..
Aku tak lagi terluka macam dulu. Tapi aku masih lagi seperti dulu. Maksud aku aku masih lagi mengibaratkan dia. Kemana aku pergi. Dengan siapa aku berkawan. Apa aku buat. Aku akan bawa memori aku bersama dia. Tapi yang aku ingat jelaa sebab aku ni pelupa. Tapi mostly aku tak lupa apa-2 pun tentang dia.
jika aku kena langgar atau dipukul dengan kayu besbol sehingga aku lupa ingatan sekalipun, dia adalah satu-2nya perkara yang tidak akan aku lupakan kerana dia anugerah terindah.
Hari aku berubah sikit demi sikit bila ada kawan-2 bersama aku. Mereka bukan pengganti dia tapi mereka tetap merupakan anggota tubuh aku yang lain contohnya buah pinggang limpa hempedu kaki kanan tangan kanan kaki kiri tangan kiri. Dan pastinya anggota tu semua lebih pentingkan?. So korang sangat-2 penting dalam hidup aku. Take a note okayyyyyyyyy J
Tiba satu hari yang tak berapa nak merubah hidup aku tapi sikit-2 adalah. Datang seorang yang menawarkan senyuman untuk aku. Masih lagi bukan pengganti kerana dia sememangnya tidak ada galang gantinya. Tapi dia datang bawa harapan baru. Terang benderang cahaya sampai silau mata aku. Kami tak lah sebahagia mana pun, tapi bolehlah. Bila jumpa aku senyum dan hati aku berbunga-2. Rasa ni sama macam rasa yang aku rasa masa dengan dia dulu tapi tak serupa. Ehem tak ada apa yang aku nak ulas pasal dia, Cuma err aku nak cakap terima kasih sebab datang dan bawa sinar bahagia untuk aku mulakan hidup baru. Merangkak melangkah meniti kehidupan yang penuh liku-liku ni. Aku amat hargainya.
Terima kasih sayang, CS


