buttn follow

Daisypath Happy Birthday tickers

is it my fault lady?.


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اﻟﺮﺣﻴﻢ

Sedang sibuk menghitung hari untuk pergi ke event yang besar dalam menentukan arah tuju hidup aku dan kawan yang sebaya. Masing-2 mungkin sedang berusaha bersungguh-2 untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang atau ada sebhagian dr kami yang masih tak sedar tinggal berapa hari je lagi nak SPM.
Dan aku termasuk dalam sebahagian yang tak sedar diri tu =.=

Duduk bersila di atas katil. Bantal di atas riba, buku di atas bantal. Tangan kanan pegang pensel dan tangan kiri pegang phone. Okay mata sekejap ke buku sekejap ke screen phone dan sekejap pandang ke atas. Itu dah sampai tahap aku pening yang amat.
Dan jujurlah apa yang di baca di screen phone lebih banyak masuk dalam kepala otak ni dr apa yang di baca dekat buku. Siapa setuju?.

Time for study. Untunglah aku tak ada buah hati.

cahaya kehidupan :)

Alhamdulillah atas kesihatan yang dianugerahkan aku masih lagi boleh bernafas sehingga saat ini.

Manusia dianugerahkan rasa sayang cinta benci kecewa rindu dengki malu dan sebagainya. Dan atas kuasaNya dia meletakkan kesemua rasa itu di dalam sebuah hati yang kecil dan yang nipis kulitnya.

Lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Buktinya?. Selepas kecewa dalam kisah percintaan mereka, tak lama lepastu mesti mereka nak cuba yang baru. Lebih-2 lagi kalau mereka jumpa seseorang yang menepati citarasa. Kan kan?.

Aku pun tak boleh lari dari perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Mungkin rasa tu datang dengan sendiri atau aku yang jemput dia masuk. Aku pun tak pasti atau lebih tepat aku dah lupa. Tapi yang penting perasaan itu wujudkan?.

Dulu aku ada seseorang yang aku sangat.. Entah dia segala-2nya. Dialah jiwa hati lara aku. Dialah angin panas redup buat aku, dialah cokolat strawberi popcorn coke stoking buku sekolah dan macam-2 lah untuk aku. tapi sekelip mata dia hilang. Bukan hilang ghaib. Maksud aku dia hilang dari hidup aku. Dia berubah. Dia senang cerita aku ibaratkan macam tsunami ribut taufan popcorn terabur stoking koyak buku sekolah hilang dan yang teruk-2 laa. Masa tu, serius aku tak mampu nak hadapi semuanya. Sorang-2. Cubalah eh cuba. Korang bayangkan situasi anak yang berumur 2 tahun tu dilanggar dengan lori dekat cina hari tu. Berkecaikan hati korang?. ( berkecai hati kepada sesiapa yang ada hati perut jelah ) macam tulah aku rasa bila dia pergi hilang ghaib musnah berkecai dari hidup aku. Dan bukan mudah nak ubatkan hati yang dah remuk macm tu. Nak pakai seletip?. Hahah kahwin dapat anak 5 pun belum tentu siap laa brother. Nak pakai stepler?. Tak ke makin sakit?. So jawapannya aku biarkan hati aku terluka berdarah berhingus meleleh. Habis nak buat macam mana?. Nak pergi hospital?. Jamin ke doctor boleh ubatkan?. Jangan ambil risiko. Sebulan dua bulan tiga bulan………. Aku masih terluka :’)

11 bulan kemudian..

Aku tak lagi terluka macam dulu. Tapi aku masih lagi seperti dulu. Maksud aku aku masih lagi mengibaratkan dia. Kemana aku pergi. Dengan siapa aku berkawan. Apa aku buat. Aku akan bawa memori aku bersama dia. Tapi yang aku ingat jelaa sebab aku ni pelupa. Tapi mostly aku tak lupa apa-2 pun tentang dia.

jika aku kena langgar atau dipukul dengan kayu besbol sehingga aku lupa ingatan sekalipun, dia adalah satu-2nya perkara yang tidak akan aku lupakan kerana dia anugerah terindah.
Hari aku berubah sikit demi sikit bila ada kawan-2 bersama aku. Mereka bukan pengganti dia tapi mereka tetap merupakan anggota tubuh aku yang lain contohnya buah pinggang limpa hempedu kaki kanan tangan kanan kaki kiri tangan kiri. Dan pastinya anggota tu semua lebih pentingkan?. So korang sangat-2 penting dalam hidup aku. Take a note okayyyyyyyyy J

Tiba satu hari yang tak berapa nak merubah hidup aku tapi sikit-2 adalah. Datang seorang yang menawarkan senyuman untuk aku. Masih lagi bukan pengganti kerana dia sememangnya tidak ada galang gantinya. Tapi dia datang bawa harapan baru. Terang benderang cahaya sampai silau mata aku. Kami tak lah sebahagia mana pun, tapi bolehlah. Bila jumpa aku senyum dan hati aku berbunga-2. Rasa ni sama macam rasa yang aku rasa masa dengan dia dulu tapi tak serupa. Ehem tak ada apa yang aku nak ulas pasal dia, Cuma err aku nak cakap terima kasih sebab datang dan bawa sinar bahagia untuk aku mulakan hidup baru. Merangkak melangkah meniti kehidupan yang penuh liku-liku ni. Aku amat hargainya.

Terima kasih sayang, CS

kehilangan ,



بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اﻟﺮﺣﻴﻢ


"Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan".

Itulah kata-kata azimat yang aku pegang selama ni.

Pada masa itu, aku tidak dapat menerima kebenaran kata-kata itu. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kita manusia tidak dapat lari dari kehilangan dalam hidup.

Ya, aku insan lemah dan naif. Kehilangan adalah sesuatu yang asing bagi diriku. Aku tidak mampu untuk menanggung sakitnya kehilangan ketika itu. Aku belum cukup matang untuk mengharungi dugaan hidup. 

Tapi, itu dulu. Itu sebelum aku mempelajari makna sebenar kehidupan. Itu sebelum aku merasa pahit manis kehidupan. Aku belum cukup ilmu dan pengalaman untuk menjadi lebih matang. 

Kini, aku tidak lagi lemah. Aku tidak lagi naif. Aku mengerti akan pentingnya kehilangan dalam kehidupan. Aku mengerti akan kepentingan rasa kehilangan dalam mematangkan akal fikiran. Aku mengerti akan pentingnya pengalaman kehilangan dalam mengharungi cabaran hidup yang pelbagai. 

Ya, kita perlu merasa kehilangan untuk merasa kebahagiaan. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa kebahagiaan yang sebenar. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa nikmat hidup yang sempurna.


Alhamdulillah :’)